Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla auto pilot

Gara-Gara Mod “Auto-Pilot”, PDRM Mulakan Siasatan Terhadap Pasangan Singapura

Diterbitkan April 8, 2022 oleh Faiz Munir

Beberapa hari lalu, tular video yang mana pasangan Singapura menggunakan mod pemanduan automatik (auto-pilot) pada kederaan jenis Tesla Model 3 menuju ke Pulau Pinang. Rata-rata di ruangan komen video tersebut memberikan reaksi kagum terhadap video yang dimuat naik di platform TikTok itu.

Terbaharu, portal Guang Ming Daily melaporkan bahawa pihak PDRM akan membuka kertas siasatan ke atas pasangan tersebut. Hal ini kerana, penggunaan mod auto pilot di lebuh raya Malaysia adalah dilarang .

@sgpikarchu

Crossed the custom within 45 minutes at midnight. Drove past KL, continuing up north! Go Tesla 🤓 #SgTeslaGoesMsia #EVboleh

♬ Vacation – Dirty Heads

Ketua Penolong Pengarah Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintenden Dr Bakri Zainal Abidin percaya walaupun masih tiada undang-undang  berkaitan dengan sistem auto-pilot di Malaysia, beliau menjelaskan bahawa pemandu tidak akan peka terhadap keadaan jalan raya jika menggunakan fungsi ini.

Menurutnya, dengan menggunakan sistem ini pemandu akan kurang memberikan perhatian kepada lalu lintas dan mereka akan lebih menghabiskan masa dengan pekara lai yang boleh mengganggu fokus mereka seperti menggunakan telefon pintar.

“Di bawah Akta Trafik Darat 1959 ada menyatakan bahawa pemandu perlulah memandu dengan baik, berhati-hati dan menumpukan perhatian” tambahnya lagi.

Di samping itu, beliau juga menjelaskan bahawa di Amerika Syarikat terdapat beberapa kemalangan maut yang disebabkan oleh mod auto-pilot melibatkan kederaan Tesla Model S.

Oleh itu, Dr Bakri mengingatkan bahawa walaupun dengan menggunakan sistem auto-pilot, ia tidak bermaksud pemandu boleh melepaskan tangan sepenuhnya kepada sistem tersebut.

Sumber: Guang Ming Daily

Baca juga:

  • Penguatkuasaan Tanda SIRIM Pada Pelitup Muka Bukan Perubatan Ditangguhkan
  • Omicron XE Lebih Mudah Berjangkit Tapi Tak Perlu ‘Booster’ Tambahan
  • Tak Perlu Matahari Tapi Masih Cekap, Panel Solar Ini Boleh Jana Tenaga Waktu Malam

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY