Mungkin Ini Google Pixel 5a, Rekaan Seperti Pixel 4a

Tahun lalu Google melancarkan Pixel 5, Pixel 4a dan Pixel 4a 5G dan terbaru, Pixel 5a mungkin tiba pada tahun ini.

Berdasarkan maklumat daripada @onleaks, imej komputer Pixel 5a yang didedahkan itu mirip dengan rekaan Pixel 4a.

Bermakna, rekaan luaran, paparan yang digunakan, modul kamera juga adalah seperti Pixel 4a.



Kemungkinan hanya spesifikasi dalaman sahaja yang akan ditambah baik memandangkan ia bukanlah sebuah telefon andalan.

Peminat telefon Pixel kini hanya boleh mengharapkan Pixel 6 agar Google menampilkan sebuah telefon berwajah baharu.

Sumber: voice