Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
6 Sebab Mengapa Anda Perlu “Skip” Google Pixel 4

Google Mungkin Kembalikan Imbasan Wajah Pada Pixel 6

Diterbitkan Februari 22, 2021 ยท Dikemas kini Februari 22, 2021 oleh Amsyar Latif

Google Pixel 5 mungkin bukanlah sebuah telefon pintar pilihan terutama bagi peminat-peminat telefon Google ini.

Ia disebabkan Pixel 5 hanya ditawarkan satu varian dan juga merupakan telefon berkelas pertengahan.

Malah, fungsi nyahkunci dengan imbasan wajah (face unlock) turut hilang sejak ia diperkenalkan buat kali pertama pada Pixel 4.

Mungkin strategi Google pada Pixel 5 hanyalah untuk menjadikan ia sebuah telefon lebih mampu milik.

Tambahan lagi, fungsi imbasan wajah ini tiada pada Pixel 5 kerana mereka mengatakan imbasan cap jari lebih pantas, efisen dan selamat berbanding imbasan wajah.

Namun, Google mungkin akan mengembalikan imbasan wajah pada Pixel 6 kelak.

So the Settings app is preparing to support devices with both facial auth and fingerprint scanners. Not much else on this, so I wouldn't read too much into it yet. pic.twitter.com/xzPWd5cV2m

— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) February 18, 2021

Menurut XDA Developers, mereka menemui kod yang menyatakan ciri nyahkunci menggunakan imbasan muka dan cap jari pada Android 12 Developer Preview 1.

Seperti yang diketahui, Android 12 akan digunapakai pada telefon Google Pixel dahulu.

Bermakna, mungkin kita akan lihat Pixel 6 hadir dengan imbasan cap jari pada skrin yang mana juga rekaan serba baru.

Walau bagaimanapun, ini masih lagi spekulasi awal tentang Google Pixel 6. Telefon ini dijangka akan dilancarkan sekitar pertengahan tahun ini.

Sumber: notebookcheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY