Aplikasi Perakam Google Akan Hadir Dengan Ciri Penyuntingan Audio

Google hari ini baru sahaja mengumumkan aplikasi perakam mereka dalam satu acara khas Google dimana mereka juga melancarkan peranti terbaharu mereka iaitu Pixel 5 dan Pixel 4a 5G.

Aplikasi perakam itu membolehkan pengguna untuk membuat penyuntingan audio secara terus menerusi aplikasi ini. Ia akan hadir pada peranti Pixel 2 dan ke atas.



Dengan fungsi terbaharu ini juga memberikan pengguna untuk mencari fail audio dengan lebih mudah kerana pengguna dapat memilih potongan audio dari klip yang dirakam.

Kemudian anda boleh kongsi atau alih keluar dari fail audio yang lebih besar. Tambahan, pengguna boleh mencari satu audio yang spesifik serta dapat membuangnya dengan kemaskini ini.

Menurut Google lagi, aplikasi ini dapat digunakan secara luar talian dimana anda tidak memerlukan sambungan internet.

Buat masa sekarang, Google belum menyatakan sama ada ciri terbaharu ini akan hadir dalam peranti lain selain peranti pixel.

Sumber: The Verge