Dalam arena telefon pintar, jenama Apple dan Google sering dikaitkan antara pengeluar yang mampu memberikan keupayaan kamera yang baik.
Namun, jenama gergasi dari Korea Selatan, Samsung sebenarnya adalah pencabar yang terdekat mereka menerusi telefon baharu Galaxy S21 Ultra.
Sebelum ini, Samsung telah mengesahkan untuk memuatkan kamera beresolusi 200MP ke dalam barisan telefon pintar baharu mereka.
Jika dilihat, terdapat juga laporan yang mana mengatakan Samsung ingin membangunkan kamera beresolusi 600MP untuk telefon andalannya.
I heard some news that Samsung smartphones are actively changing, in terms of sensors. It will return to rationality, rather than blindly big numbers.
— Ice universe (@UniverseIce) April 15, 2021
Akan tetapi, mereka kini sedar dan akur bahawa tiada guna untuk turut serta dalam ‘peperangan’ resolusi kamera yang tinggi.
Sebaliknya, mereka mahu memfokuskan sensor serta sistem perisian untuk memproses imej seperti mana yang dilakukan Apple dan Google.
Dalam pada itu, Samsung dilaporkan akan berganding dengan pengeluar kamera ternama, Olympus dan mungkin membawa teknologiĀ sensor-shift image stabilization pada Galaxy S22.
Sumber: iceuniverse via phonearena