Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO f5 pro

Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi, Spesifikasi POCO F5 Pro Didakwa Didedahkan

Diterbitkan Januari 5, 2023 ยท Dikemas kini Januari 6, 2023 oleh Firdaus

POCO F5 Pro adalah peranti Redmi K60 yang dijenamakan semula untuk pasaran global. Biarpun tiada sebarang maklumat rasmi akan tarikh pelancarannya, tetapi nama peranti itu dikesan berada dalam pangkalan data IMEI.

Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi, Spesifikasi POCO F5 Pro Didakwa Didedahkan

Berdasarkan gambar di atas, ia akan dihasilkan Xiaomi sendiri tetapi berada di bawah nama POCO dan dengan nama pasarannya sebagai F5 Pro.

Oleh sebab peranti ini adalah Redmi K60 yang dijenamakan semula, berkemungkinan besar gambar di bawah adalah spesifikasinya:

Mungkin Dilancarkan Tidak Lama Lagi, Spesifikasi POCO F5 Pro Didakwa Didedahkan

POCO F5 Pro akan dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1, guna skrin OLED 6.67 inci dengan sokongan kadar segar semula 120Hz dan bateri bersaiz 5,500mAh.

Walaupun Snapdragon 8 Gen 2 sudah tersedia dipasaran, POCO menggunakan 8+ Gen 1 mungkin disebabkan beberapa faktor.

Berkaitan

  • BOE Berpotensi Jadi Pembekal Terbesar Skrin iPhone 15, Atasi Samsung - Kuo
  • Samsung Galaxy A14 5G Hadir Dengan Resolusi FHD+ Dan Kamera Swafoto 13MP
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Bagi Bulan Disember 2022 - AnTuTu
  • OtterBox Umum Aksesori Pelindung Baharu Untuk iPhone
  • Tahun Baru Cina, CelcomDigi Tawar Telefon 5G Percuma Untuk Pascabayar Terpilih

Besar kemungkinan, harga terbaru Qualcomm itu terlalu tinggi untuk POCO untuk siri tersebut berada dalam kelas flagship killer mampu milik.

Tidak mustahil juga Snapdragon 8+ Gen 1 telah menjadi lebih murah dek kerana kehadiran adik barunya, 8 Gen 2. Tambahan lagi, prestasi dan kecekapan yang ditawarkan Snapdragon 8+ Gen 1 masih lagi relevan untuk tahun 2023 ini.

Sumber: Xiaomiui

Gambar utama: Crash.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY