Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

BOE Berpotensi Jadi Pembekal Terbesar Skrin iPhone 15, Atasi Samsung – Kuo

Posted on Januari 5, 2023Januari 5, 2023

Untuk paparan siri iPhone 14, Samsung dan LG memperoleh kontrak untuk siri Pro manakala BOE mendapat kontrak untuk skrin 6.1″ iPhone 14 versi biasa.

Untuk makluman, BOE ialah syarikat pembekal dari China. Untuk keseluruhan siri iPhone 14, ia hanya mendapat pesanan terendah iaitu sekitar 15%.

Sumber: Apple

Samsung sebagai antara syarikat terkenal untuk skrin berkualiti menguasai sekitar 70% daripada pengeluaran skrin bagi keseluruhan siri iPhone 14.

Namun, untuk siri iPhone 15 akan datang, perkara ini akan berubah kerana Kuo melaporkan bahawa BOE berpotensi mendapat pesanan majoriti untuk keseluruhan siri iPhone 15.

Sumber: Mohd Irfan

Bagi siri iPhone 15 dan Plus saja, BOE telah mengatasi Samsung dengan mendapat pesanan yang lebih tinggi dengan sekitar 70% daripadanya.

Jika BOE mendapat 20-30% pesanan LTPO untuk skrin iPhone versi Pro dan kekal 70% untuk versi biasa, maka BOE akan menjadi pembekal skrin terbesar siri itu.

{suggest}

iPhone 15 akan dilancarkan pada September 2023, jadi ia akan ‘menghabiskan masa’ banyak dalam 2024.

Justeru, Kuo percaya menjelang penghujung 2024, BOE akan menjadi pembekal terbesar untuk paparan siri iPhone 15.

Sumber: Ming-Chi Kuo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress