Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy A14 5G

Samsung Galaxy A14 5G Hadir Dengan Resolusi FHD+ Dan Kamera Swafoto 13MP

Diterbitkan Januari 5, 2023 oleh Aziah Zulkifli

Acara tahunan CES pada kebiasaannya jarang memperlihatkan barisan telefon pintar. Namun, Samsung masih lagi memperkenalkan barisan-barisan telefon pintar mereka yang bakal hadir sepanjang berlangsungnya acara tersebut.

Memandangkan Samsung seperti tidak bersedia untuk mengeluarkan siri Galaxy S23, mereka mengeluarkan pengganti Galaxy A13 5G iaitu Galaxy A14 5G.

Samsung Galaxy A14 5G
Sumber: GSMArena

Walaupun memiliki ciri yang hampir sama sahaja dengan pendahulunya, Samsung Galaxy A14 5G kini memiliki kamera swafoto yang dinaik taraf kepada 13MP.

Samsung Galaxy A14 5G hadir dengan IPS LCD 6.6 inci berserta resolusi FHD+ yang menyokong kadar segar semula 90Hz.

Samsung mengekalkan cip pemprosesan yang sama iaitu MediaTek Dimensity 700 berserta dengan storan 64GB dan 4GB RAM.

Kamera telefon ini dilengkapi dengan 50MP kamera utama berserta 2MP kamera makro dan juga sensor kedalaman.

Samsung Galaxy A14 5G diisi dengan kapasiti bateri 5,000 mAh bersama sokongan pengecasan 15W.

Berkaitan

  • Bersenam Sambil Jana Elektrik Untuk Cas Peranti, Inilah Acer eKinekt BD 3
  • Samsung Ada Konsep Skrin OLED Hibrid, Boleh Dilipat Dan Juga Ditarik
  • L'Oreal Muncul Di CES 2023 Dengan Pencetak Solekan Bulu Kening
  • CES 2023: Kita Dah Boleh Layan Filem 3D Dari 'Laptop' ASUS Selepas Ini
  • CES 2023: Dell Umum Concept Nyx, Sebuah 'Games Controller' Masa Depan

Peranti tersebut bakal hadir dengan harga mampu milik dan mula dikeluarkan untuk pengguna di US terlebih dahulu. Harga yang ditetapkan bermula dari $200(RM880.20) pada 12 Januari.

Siri Samsung Galaxy A14 5G juga bakal tersedia di beberapa kawasan Eropah terlebih dahulu. Namun, tiada sebarang pengumuman mengenai ketersediaan peranti tersebut di Malaysia.

Sumber: GSMArena

Gambar Utama: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY