Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MSI Mid Year Sale

MSI ‘Mid Year Sales’ – Tawaran Diskaun Hingga RM500

Diterbitkan Julai 6, 2022 oleh Firdaus

Promosi pertengahan tahun MSI sedang berlangsung dan menawarkan promosi daripada barangan monitor gaming sehinggalah penyejuk cecair MSI. Antara tarikan menarik monitor gaming MSI Optix MAG281URF yang telah ditawarkan diskaun sebanyak RM500 semasa promosi ini berlangsung.

MSI ‘Mid Year Sales’ – Tawaran Diskaun Hingga RM500
MSI Optix MAG281URF ( 27.9 inci)

Monitor gaming Optix ini menawarkan resolusi 4K dengan kadar segar semula 144 fps, menggunakan panel IPS. Tambahan lagi, ia menawarkan masa tindak balas 1 ms sahaja dan kecerahan hingga 400 nits.

Berbanding harga asalnya sekitar RM3,299, anda dapat memilikinya dengan harga berpatutan sekitar RM2,799 sahaja sepanjang promosi tersebut berlangsung. Promosi ini telah pun berlangsung ketika artikel ini sedang ditulis hinggalah 31 Julai ini.

MSI ‘Mid Year Sales’ – Tawaran Diskaun Hingga RM500

Untuk mereka yang mencari komponen komputer selain daripada monitor, berikut merupakan senarai barangan MSI terpilih dalam promosi ini untuk anda miliki:

MSI ‘Mid Year Sales’ – Tawaran Diskaun Hingga RM500

Anda yang sedang mencari komponen binaan PC dalam tema warna putih, saya dengan besar hati mengesyorkan untuk mempertimbangkan komponen MPG GUNGNIR 110R + MAG A750GF White.

Kedua-duanya itu memberi estetik putih yang sangat menyerlah dan sesuai bagi mereka yang sedang mencari komponen putih. Bagi penebusan hadiah, pelanggan perlu melawat laman sesawang MSI ini untuk memproses penebusan selepas anda membeli produk MSI.

Sumber: Siaran Akhbar MSI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Kini Boleh Diperbaharui Melalui Aplikasi MyGOV Malaysia
  • PETRONAS Bakal Bawa LNG Terapung Berhampiran Pantai Pertama Dunia Ke Sipitang, Sabah
  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
©2026 WISER.MY