Kini, menjadi yang pertama di dunia menggunakan paparan Mini LED, MSI hadir dengan komputer riba MSI Creator 17. Creator 17 mempunyai skrin bersaiz 17.3 inci dan resolusi 4K dengan kecerahan puncak lebih daripada 1,000 nit. Paparan ini turut hadir dengan gamut warna DCI-P3 dan sokongan HDR.
Menurut laporan, Mini LED berfungsi hampir sama seperti panel OLED yang terdapat pada telefon pintar di mana ia boleh menghidup atau mematikan piksel secara individu dan menandingi teknologi yang terdapat pada skrin LCD.
Sebagai contoh, TV LCD yang mahal mempunyai keupayaan untuk mematikan lampu belakang di kawasan tertentu. Pada komputer riba, berbuat demikian biasanya memerlukan skrin yang tebal dan berat, tetapi Mini LED memberikan kecerahan yang cukup sehingga anda boleh mengaktifkan zon lampu latar pada komputer riba bersaiz normal.
Komputer riba ini didatangkan dengan cip pemprosesan 8 teras Intel Core-i7 10875H Comet Lake dan konfigurasi grafik dari Nvidia RTX2060 sehingga RTX2080 Super Max-Q.
Melengkapkan komputer riba Creator 17 adalah konfigurasi 16GB hingga 32GB RAM dan storan dalaman NVMe dari 512GB hingga 2TB. Terdapat slot micro SD untuk tambahan storan jika anda memerlukan akses atau pemindahan gambar dari kamera.
Dalam pada itu, MSI Malaysia mengesahkan Creator 17 akan dilancarkan tidak lama lagi, namun tiada harga yang didedahkan buat masa ini.
Sumber: UberGizmo
Berkaitan
- iOS 17.3, iPadOS 17.3 Tampal Lebih 10 Kelemahan Keselamatan
- Gurman: iOS 17 Dijangka Hadir Dengan Beberapa Ciri "Paling Diminta" Pengguna
- iOS 17.3.1 Kini Tersedia Dengan Pembetulan Pepijat Untuk Teks
- Spesifikasi realme C17 Didedahkan- Paparan 90Hz, 13MP Kuad Kamera Dan Bateri 5,000mAh
- POCO X3 NFC Ditawarkan Dengan Harga Serendah RM799 Pada 17 September Ini
- Ini Adalah Sejumlah 117 Emoji Baharu Yang Dimuatkan Pada Kemaskini Android 11
- Model MacBook Dengan Cip ARM Dijangka Akan Diperkenal 17 November Depan
- Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17
- MCMC Sekat 1.8 Bilion Nombor Panggilan 'Scam' Sejak 2017 - Fahmi Fadzil
- Facebook Lancar Aplikasi Creator Studio - Urus Facebook Page Melalui Peranti Mudah Alih