Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
emoji Android 11

Ini Adalah Sejumlah 117 Emoji Baharu Yang Dimuatkan Pada Kemaskini Android 11

Diterbitkan September 11, 2020 oleh Amalina Athman

Google baru-baru ini telah melepaskan kemas kini Android 11. Sistem operasi terbaru ini telah membawakan pelbagai ciri baru. Antaranya termasuk penambahan 117 emoji baharu dan sejumlah besar perubahan rekaan emoji, dengan beberapa darinya diinspirasi dari rekaan terdahulu yang popular.

emoji Android 11

Sebagai tambahan kepada 117 emoji baharu tersebut, lebih daripada 2000 emoji yang ada sebelumnya telah dikemaskini rekaan dalam Android 11. Menurut Emojipedia, ia merupakan kemaskini emoji dengan skala yang besar sejak Android 8.0 pada 2017.

emoji Android 11

Sehingga kini, kemaskini Android 11 telah tersedia dalam bilangan yang kecil untuk pengguna Pixel 2 ke atas. Menurut Google, kemas kini juga akan dilepaskan kepada peranti OnePlus, Xiaomi, OPPO dan realme dengan peranti lain-lain akan menyusul dalam beberapa bulan akan datang melalui kemas kini berterusan.

Dalam pada itu, Emojipedia turut menyatakan kemas kini emoji tersebut tidak tersedia untuk peranti Samsung. Ini kerana Samsung mempunyai set emoji sendiri yang dikemaskini pada jadual yang berasingan untuk kemas kini emoji Android. Ianya sama seperti aplikasi Twitter, WhatsApp, atau Facebook yang menggunakan rekaan emoji masing-masing.

Sumber: Emojipedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
©2026 WISER.MY