Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mozilla Keluarkan Firefox Reality; Pelayar Khusus Untuk Virtual Reality

Mozilla Keluarkan Firefox Reality; Pelayar Khusus Untuk Virtual Reality

Diterbitkan September 19, 2018 oleh Wiser MY

Mozilla terkenal dengan produk mereka, Mozilla Firefox dan kini Mozilla memperkenalkan Firefox Reality. Dari namanya sahaja sudah dapat diagak aplikasi pelayar ini kerana ia dihasilkan untuk pengguna headset Virtual Reality seperti Oculus Rift, HTC Vive dan juga Google VR.

Pasukan Mixed Reality di Mozilla merasakan VR akan dimanfaatkan melalui pelayaran laman sesawang dalam dimensi 3D. Firefox Reality dibina dengan pendekatan baharu dari segi navigasi, maklum balas dari pengguna yang menggunakan mikrofon di dalam headset VR.

Mozilla Keluarkan Firefox Reality; Pelayar Khusus Untuk Virtual Reality

Mozilla mendakwa yang mereka telah menghabiskan ribuan masa dalam menguji dan mengumpul data dari pengguna bagi menghasilkan versi akhir Firefox Reality.

Mozilla Keluarkan Firefox Reality; Pelayar Khusus Untuk Virtual Reality

Mozilla Keluarkan Firefox Reality; Pelayar Khusus Untuk Virtual Reality

Firefox Reality adalah berdasarkan enjin Quantum terbaru dari Mozilla yang digunakan untuk pelayaran mudah alih bagi memberikan prestasi yang licin dan konsisten, mengelakkan sebarang ‘sakit kepala’ kepada pengguna mereka. Firefox Reality boleh didapati di Oculus, peranti Daydream, dan juga Viveport.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY