Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
x30 pro_1

Motorola X30 Pro Kini Rasmi, Telefon Pertama Dengan Sensor Kamera 200MP

Diterbitkan Ogos 11, 2022 oleh Amalina Athman

Motorola melalui acara pelancaran yang berlangsung petang ini telah mengumumkan dua telefon pintar andalan terbaru, termasuk X30 Pro yang dilengkapi sensor kamera 200MP.

Motorola X30 Pro Kini Rasmi, Telefon Pertama Dengan Sensor Kamera 200MP

Motorola X30 Pro hadir dengan paparan skrin melengkung bersaiz 6.7 inci bersama resolusi FHD+ serta sokongan kadar segar semula 144Hz dan HDR10+. Menjanakan peranti adalah cip Snapdragon 8+ Gen 1 bersama sokongan memori sehingga 12GB LPDDR 5 dan storan sehingga 512GB UFS 3.1.

x30 pro

Untuk kamera, ia hadir dengan tetapan lensa utama yang terdiri daripada 200MP utama+50MP sudut lebar+12MP telefoto. Sementara kamera swafoto dimuatkan dengan sensor 60MP.

Berkaitan

  • Motorola X30 Pro Akan Hadir Dengan 3 'Focal Length' Berbeza
  • Batal Saat Akhir, Moto Razr 2022 Dan X30 Pro Tidak Jadi Dilancar
  • Motorola Dedah Harga Rasmi Moto Razr 2022 Sebelum Pelancaran

Bagi kapasiti bateri, X30 Pro diisi dengan 4,610mAh yang menyokong pengecasan pantas 125W melalui Type-C serta pengecasan tanpa wayar 50W.

Harga

Motorola X30 Pro Kini Rasmi, Telefon Pertama Dengan Sensor Kamera 200MP

Motorola X30 Pro ditawarkan dengan harga bermula 3,499 yuan (~RM2307) bagi 8+128GB. Sementara itu, untuk varian 12+256GB berharga 3,999 yuan (~RM2637) dan 4,299 yuan (~RM2835) untuk 12+512GB. Buat masa ini belum lagi diketahui jika atau bila peranti ini akan dilancarkan untuk pasaran global.

Sumber: Lenovo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY