Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
moto razr 2022 launch china

Motorola Dedah Harga Rasmi Moto Razr 2022 Sebelum Pelancaran

Diterbitkan Ogos 11, 2022 · Dikemas kini Ogos 11, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Di Weibo, Motorola sudah memaklumkan harga rasmi peranti baharu mereka sehari sebelum pelancaran. Moto Razr 2022 akan dijual di China pada harga CNY5,999 iaitu sekitar RM3,960 untuk varian 8GB/128GB.

Dua lagi varian ialah 8GB/256GB dan 12GB/512GB namun tidak pula diberitahu, sebaliknya diumumkan esok dalam acaranya pada jam 2 petang.

Ia akan mula dijual secara dalam talian dan fizikal pada jam 8 malam hari yang sama.

Motorola Dedah Harga Rasmi Moto Razr 2022 Sebelum Pelancaran

Kata mereka, ia harga yang berpatutan untuk sebuah telefon boleh lipat.

Moto Razr baharu ini akan hadir dengan paparan 144Hz bersaiz 6.7″ tanpa jurang semasa ditutup. Cip Snapdragon 8+ Gen 1 akan menjana telefon selain kamera 50MP bersensor 1/1.55″ menjadi taruhan.

Berkaitan

  • Batal Saat Akhir, Moto Razr 2022 Dan X30 Pro Tidak Jadi Dilancar
  • Moto Razr 2022 Dan X30 Pro Mungkin Dilancar Minggu Depan
  • Ini Apa Yang Anda Tidak Boleh Lakukan Dengan Apple Pay Di Malaysia

Moto S30 Pro pula dipercayai hadir dengan sensor bersaiz 1/1.55 inci sama dengan Razr, jika klu diberikan adalah tepat.

TENAA merekodkan bahawa telefon ini akan mempunyai skrin seluas 6.55″.

Motorola Dedah Harga Rasmi Moto Razr 2022 Sebelum Pelancaran

Moto X30 Pro pula menjadi tumpuan kerana akan hadir dengan kamera 200MP dari Samsung.

Kami akan terus mengemas kini berkenaan pelancaran semua peranti ini esok.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY