Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Batal Saat Akhir, Moto Razr 2022 Dan X30 Pro Tidak Jadi Dilancar

Batal Saat Akhir, Moto Razr 2022 Dan X30 Pro Tidak Jadi Dilancar

Diterbitkan Ogos 3, 2022 oleh Amalina Athman

Sejak beberapa bulan lalu, Motorola telah mengacah telefon boleh lipat Motorola Razr 2022 dan X30 Pro. Ia sepatutnya dilancarkan pada 2 Ogos 2022 yang akan berlangsung di China.

Namun, syarikat itu telah mengumumkan acara pelancaran dibatalkan hanya beberapa jam sebelum pelancaran kedua-dua telefon pintar berkenaan.

pelancaran Motorola Razr 2022 dan X30 Pro

Menerusi Weibo, Chen Jin yang merupakan Pengurus Besar Lenovo China telah memuat naik hantaran menyatakan acara pelancaran yang pada asalnya dijadualkan berlangsung 7.30 malam (waktu China) semalam telah dibatalkan atas sebab tertentu.

Buat masa ini, pihak Motorola masih belum berkongsi sebab pembatalannya. Namun, ada khabar angin mengatakan ia mungkin disebabkan ketegangan yang tercetus antara Taiwan dan China berikutan lawatan rasmi Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi ke Taiwan.

Untuk pengetahuan, pelancaran ini adalah khusus untuk pasaran China, sebelum dijangka akan dipasarkan untuk pasaran global.

Mengimbas kembali spesifikasi, Moto Razr 2022 dijangka akan dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY