Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Moto G5 Plus Dijual RM200 Lebih Murah Daripada Harga Asal, Promosi Tamat Minggu Hadapan

Moto G5 Plus Dijual RM200 Lebih Murah Daripada Harga Asal, Promosi Tamat Minggu Hadapan

Diterbitkan September 26, 2017 ยท Dikemas kini September 26, 2017 oleh Helmi Samsuri

Hari Jumaat ini menandakan genap 4 bulan Moto G5 Plus mendarat di pasaran Malaysia dengan harga asal ia dijual adalah RM 1299.

Terkini, menerusi platform beli-belah dalam talian, Lazada, model kelas pertengahan terbabit mendapat potongan harga yang mana ia kini dijual pada harga RM1099 sahaja.

Selain mendapat potongan harga RM200, bakal pembeli turut menerima aksesori percuma yang bernilai RM676. Antara aksesori yang ditawarkan adalah…

  • flip cover
  • Fon kepala Motorola Pulse 2
  • Waranti tambahan
  • Perlindungan kerosakan

Potongan harga ini hanya ditawarkan selama seminggu sahaja dimana ia telah pun bermula semalam, 25 September 2017, dan dijadualkan berakhir pada 2 Oktober 2017 hadapan.

Terdapat dua pilihan warna yang boleh anda beli iaitu…

  1. Fine Gold (klik untuk beli)
  2. Lunar Gray (klik untuk beli)

Spesifikasi ringkas Moto G5 Plus:

  • Skrin paparan 5.2 inci dengan paparan HD Penuh
  • Cip pemproses Snapdragon 625
  • RAM 4GB
  • Storan dalaman 32GB dengan sokongan kad MikroSD sehingga 128GB
  • Kamera utama 12MP dan kamera selfie 5 MP – berupaya merakam video 4K

Sumber: Motorola Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
©2026 WISER.MY