Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOT Anthony Loke

Tempoh Pendaftaran SSM Bukan Syarat Lantikan PPKM – MOT

Diterbitkan Februari 10, 2025 · Dikemas kini Februari 10, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini memberikan penjelasan berhubung persoalan yang dibangkitkan di media sosial berkenaan kelayakan dan pemilihan syarikat untuk melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM).

Seperti dimaklumkan sebelum ini, sebanyak 12 syarikat telah mengemukakan cadangan dalam proses Request For Proposal (RFP) sebelum tarikh tutup pada 31 Oktober 2024.

Pemilihan syarikat adalah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) – termasuk syarat kelayakan, prosedur, peraturan serta standard yang telah dipaparkan di laman web MOT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak 23 April 2024.

9 syarat utama

Menurut MOT, berikut merupakan 9 syarat utama yang perlu dipenuhi oleh syarikat yang menyertai proses RFP:

  1. Berdaftar dan berlesen dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).
  2. Dimiliki sepenuhnya oleh syarikat tempatan dalam kategori Sdn. Bhd. atau Bhd.
  3. Memiliki modal berbayar (paid up capital) sekurang-kurangnya RM10 juta sepanjang tempoh perkhidmatan.
  4. Mempunyai modal pusingan (working capital) minimum RM5 juta setahun.
  5. Memiliki sijil perakuan pematuhan standard daripada Jabatan Standard Malaysia dalam tempoh dua tahun dari tarikh tawaran.
  6. Menyediakan wang deposit atau bon minimum 5% daripada nilai modal pusingan.
  7. Memperoleh Sijil Kemudahan Yang Diluluskan (KYDL) daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum pelesenan.
  8. Berdaftar sebagai ahli International Motor Vehicle Committee (CITA) dalam tempoh dua tahun daripada tarikh pelesenan.
  9. Pemegang saham, pemilik syarikat, atau ahli lembaga pengarah syarikat tidak boleh mempunyai sebarang prosiding atau tindakan mahkamah atau disenaraihitam oleh mana mana pihak berkuasa.

Hasil penilaian yang dibuat oleh Jawatankuasa Pelesenan dan Penilaian PPKM, sebanyak tiga syarikat telah memenuhi syarat yang ditetapkan dan dilantik untuk melaksanakan PPKM, selain daripada PUSPAKOM.

Tempoh pendaftaran SSM bukan syarat kelayakan

MOT menjelaskan bahawa pihaknya dan JPJ tidak menetapkan tempoh pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai syarat kelayakan.

Sebaliknya, keutamaan diberikan kepada kestabilan kewangan syarikat berdasarkan keupayaan menyediakan modal berbayar dan modal pusingan yang mencukupi.

Kelulusan bersyarat

Menurut MOT, surat tawaran yang dikeluarkan pada 7 Februari 2025 adalah kelulusan bersyarat, yang memerlukan syarikat memastikan penyediaan infrastruktur, peralatan, tenaga kerja dan keperluan lain dalam tempoh 24 bulan sebelum lesen operasi dikeluarkan.

Pendekatan tersebut tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan terhadap pihak kerajaan.

Malah, jika syarikat berkenaan gagal memenuhi syarat dalam tempoh yang ditetapkan, lesen operasi tidak akan diberikan.

Dalam pada itu, MOT turut menegaskan bahawa proses perolehan ini dilaksanakan berdasarkan tatacara perolehan dan kewangan yang berkuat kuasa bagi memastikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang berkualiti, telus dan kompetitif untuk manfaat rakyat.

Berkaitan

  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Pemilik Perlu Peka Pengumuman Panggilan Semula Kenderaan Untuk Pemeriksaan - Loke
  • 3 Syarikat Baharu Dilantik Laksana Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor
  • JPJ Dedah Masih Ramai Guna 'Dummy Buckle'

Sumber: Kementerian Pengangkutan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY