Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOSTI Sumbang Baka Padi Nuklear Kepada Pesawah Kuala Terengganu

MOSTI Sumbang Baka Padi Nuklear Kepada Pesawah Kuala Terengganu

Diterbitkan Jun 9, 2022 ยท Dikemas kini Jun 9, 2022 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) memaklumkan mereka telah menyumbangkan sejumlah 200 beg benih padi IS21 kepada 50 orang pesawah Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Terengganu minggu lalu.

Benih Padi IS21 itu merupakan hasil daripada pencapaian kajian biak baka mutasi padi oleh Nuklear Malaysia yang telah bermula sejak tahun 1980an lagi.

Nuklear Malaysia telah menggunakan teknologi nuklear dalam pertanian untuk membantu meningkatkan produktiviti pengeluaran pelbagai tanaman.

Benih padi IS21 mempunyai daya tahan yang lebih tinggi terhadap cuaca ekstrem dan mempunyai daya rintang terhadap beberapa penyakit padi yang sering merugikan pesawah.

Dari segi penghasilannya pula, potensi pengeluaran hasil baka padi IS21 ini boleh mencecah sehingga 10 tan sehektar mengikut kawasan penanaman jika diurus dengan baik mengikut garis panduan yang disyorkan.

Sekaligus dapat memastikan sumber makanan negara terjamin, selamat dan mencukupi.

Sumber: mosti

Baca juga:

  • Ini Senarai Telefon Pintar Yang Masih Belum Sokong Servis 5G Di Malaysia Setakat Ini
  • OPPO Find X5 Pro Kini Menyokong Rangkaian 5G DNB, Ini Cara Aktifkan
  • Celcom Akan Tepati Tarikh Akhir 30 Jun Sertai DNB – Axiata

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY