Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cahaya terang misteri_1

MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit

Diterbitkan November 6, 2026 Β· Dikemas kini November 6, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Bahagian Penguasa Angkasa (BPAngkasa) mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat awal berhubung laporan penampakan cahaya terang di beberapa kawasan ruang udara Malaysia pada malam 4 November 2026.

Menurut MOSTI, penampakan cahaya itu turut dikaitkan dengan kemasukan semula (re-entry) satelit Balai Cerap Neil Gehrels Swift (Neil Gehrels Swift Observatory) milik NASA ke atmosfera.

Bagaimanapun, setakat ini, MOSTI memaklumkan tiada laporan rasmi mengenai penemuan sebarang serpihan objek yang disyaki berasal daripada objek angkasa seperti roket, sama ada di darat atau perairan Malaysia.

Kementerian itu turut menjalankan pemantauan secara aktif dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

[π’πˆπ€π‘π€π πŒπ„πƒπˆπ€]
ππ„ππ€πŒππ€πŠπ€π π‚π€π‡π€π˜π€ 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆 πƒπˆπ‹π€ππŽπ‘πŠπ€π πƒπˆ 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ π˜π€ππ† πƒπˆπŠπ€πˆπ“πŠπ€π 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π€π“π„π‹πˆπ“ ππ€π‹π€πˆ 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐏 ππ„πˆπ‹ 𝐆𝐄𝐇𝐑𝐄𝐋𝐒 π’π–πˆπ…π“ πŒπˆπ‹πˆπŠ 𝐍𝐀𝐒𝐀 pic.twitter.com/3jcwMx9LJs

— MOSTI (@officialmosti) November 6, 2026

Pada masa yang sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan dan segera melaporkan kepada pihak berkuasa atau menghubungi talian kecemasan 999. Laporan juga boleh disalurkan terus kepada BPAngkasa melalui talian 03-8885 8685 atau e-mel [email protected].

Gambar utama: @kimkimo_95//Threads

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Teleskop Angkasa NASA Ini Bakal Terhempas Ke Bumi Lewat Tahun Ini
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS LancarΒ Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
©2026 WISER.MY