Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOONDROP PHONE

Moondrop Dedah Imej Acah Telefon Android 5G Pertama Mereka, Dilengkapi Bicu Audio 3.5mm

Diterbitkan April 25, 2024 ยท Dikemas kini April 25, 2024 oleh ariff bukhari

Moondrop, firma yang terkenal dalam industri peranti audio seperti fon kepala mewah dan DAC (Digital-to-Analog Converter) telah mendedahkan imej acah telefon pintar Android pertma mereka.

Peranti yang dikenali sebagai MIAD01 itu merupakan visi syarikat itu untuk menggabungkan kepakarannya dalam audio dengan telefon pintar Android.

Moondrop MIAD01

Tidak sekadar imej acah, Moondrop turut mendedahkan lebih lanjut tentang spesifikasi telefon Androidnya.

Moondrop menyatakan MIAD01 dilengkapi bicu audio 4.4mm + 3.5mm serta papan litar audio emas berasingan untuk audio resolusi tinggi.

Juga didedahkan adalah saiz paparannya, skrin lengkung OLED 6.7″ dengan kadar segar 120Hz, bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecas pantas 33W, kamera utama 64MP dan kamera swafoto 32MP.

Cip pemprosesannya pula menggunakan Mediatek Dimensity 7050 8 teras yang dipadankan dengan RAM LPDDR4 12GB dan storan UFS3.1 256GB.

Moondrop MIAD01
Moondrop MIAD01

Setakat ini, belum didedahkan tarikh pelancaran serta harga jualannya. Tapi, dari aspek spesifikasi yang ditawarkan, ia sekaligus memberi lebih pilihan kepada pengguna dan pastinya akan menarik minat peminat audio HiFi khususnya.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Moondrop

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
©2026 WISER.MY