Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Model Terkini PS5 Lebih Ringan, Papan Induk Lebih Kecil

Model Terkini PS5 Lebih Ringan, Papan Induk Lebih Kecil

Diterbitkan September 7, 2022 · Dikemas kini September 7, 2022 oleh Amalina Athman

Hujung bulan lalu, Sony dilaporkan secara diam-diam telah melancarkan model PS5 baharu yang lebih ringan. Dinyatakan bahawa kedua-dua model dengan cakera dan versi digital PS5 adalah lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Berkaitan

  • Harga PS5 Naik RM200 Di Malaysia, Sony Kata Ini Sebabnya
  • Sony Diam-Diam Lancar Model PS5 Yang Lebih Ringan

Terkini, Youtuber Austin Evans telah memuat naik video bagi memperlihatkan bahagian dalam konsol permainan video itu dengan beberapa perubahan. Antaranya termasuk, penggunaan papan induk (motherboard) yang baharu dengan bentuk berbeza dan saiz lebih kecil, sistem penyejukan berbeza serta menukar penutup SSD.

Model Terkini PS5 Lebih Ringan, Papan Induk Lebih Kecil

Perubahan ketara pada model PS5 2022 adalah papan induk yang dikemas kini dengan anggaran penyusutan saiz kira-kira dua inci, serta sistem penyejukan yang mempunyai paip haba tambahan di bahagian belakang dan penyejuk haba yang lebih kecil.

Menurut Evans, kemas kini terbaharu PS5 ini mengurangkan penggunaan elektrik sekitar 20-30 watt semasa permainan, namun ia masih menghasilkan bunyi bising dan output haba yang sama.

Sebagai tambahan, penutup SSD juga telah ditukar di mana ia tidak lagi mempunyai PCB yang memanjang, sebaliknya menukarnya kepada logam. Tidak dapat dipastikan alasan di sebalik Sony menukar bahagian tertentu dalam reka bentuk PS5, akan tetapi ia mungkin kerana dapat membantu untuk meningkatkan sistem pelesapan haba.

Semua perubahan ini membawa kepada pengurangan berat model PS5 pada tahun ini. Bagaimanapun, tiada perubahan yang ketara bagi bahagian luar PS5.

Terdahulu, Sony telah mengumumkan kenaikan harga PS5 bagi pasaran tertentu termasuk di Malaysia, sebanyak RM200 bagi kedua-dua model. Tindakan ini diambil berikutan kadar inflasi yang tinggi dan aliran mata wang yang tidak begitu baik.

Sumber: Youtube Austin Evans

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY