Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured huawei

Model Peranti Huawei P20 Pro Dengan Warna Twillight Bakal Memasuki Pasaran Malaysia

Diterbitkan April 26, 2018 oleh Haikel Areff

Huawei Mobile Malaysia melalui laman Facebook rasminya hari ini telah mengumumkan bahawa mereka bakal membawa masuk peranti Huawei P20 Pro dengan pilihan warna Twillight tidak lama lagi. Model dengan pilihan warna ini boleh dianggap unik kerana warna peranti akan kelihatan sedikit berubah jika dilihat dari sudut pandangan yang berbeza-beza.

Screen Shot 2018-04-26 at 15.56.12

Tarikh yang tepat berkenaan pelancaran model ini bagi pasaran Malaysia masih belum diketahui namun ia dijangka tidak mengambil masa yang lama untuk pelancaran ini. Ia adalah kerana menurut imej yang dikongsi oleh pihak Huawei ini, dapat dilihat pada bahagian bawah imej tertulis ‘It’s Time’ atau ‘Kini Masanya’ yang menggambarkan pelancarannya kian hampir.

Selain daripada perbezaan warna, peranti ini masih menggunakan spesifikasi yang sama dengan model P20 Pro yang lainnya. Sebagai peringatan, Huawei P20 Pro yang dilancarkan pada pasaran Malaysia 3 April yang lalu ini merupakan peranti pertama yang menggunakan tri-kamera utama dengan lensa 40 MP, 20 MP monokrom serta 8 MP telefoto.

Model Peranti Huawei P20 Pro Dengan Warna Twillight Bakal Memasuki Pasaran Malaysia

Ikuti Facebook Huawei Malaysia untuk perkembangan terbaru mengenai P20 Pro Twillight ini dan peranti-peranti lain keluaran Huawei.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY