Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5g infrastruktur

MNO Berpotensi Jimat RM30 Bilion Dengan Rangkaian Borong Tunggal 5G DNB – Tengku Zafrul

Diterbitkan November 2, 2022 oleh Amalina Athman

Pada 31 Oktober lepas, lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO) iaitu Celcom Axiata, Digi, Telekom Malaysia (TM), U Mobile dan YTL telah menandatangani perjanjian akses 5G bersama DNB.

Terbaharu, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata dengan pelaksanaan rangkaian borong tunggal 5G pertama di dunia oleh Digital Nasional Bhd (DNB), MNO dalam industri telekomunikasi di Malaysia berpotensi untuk menjimatkan kos pembinaan infrastruktur kira-kira RM30 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Berkaitan

  • unifi: Pelan Prabayar Bulanan Dan Pascabayar Kini Sokong Rangkaian 5G
  • Ini Senarai Peranti Yang Sokong 5G Untuk Unifi Mobile
  • Ini 12 Telefon Pintar Android Mampu Milik Yang Sokong 5G Malaysia Setakat November 2022
  • 12 Juta Pengguna Dijangka Nikmati Akses 5G Menjelang Akhir Tahun Ini - MenKOMM

Seterusnya, ia membolehkan MNO memberi tumpuan kepada penambahbaikan perkhidmatan 4G dan penyediaan perkhidmatan 5G.

Beliau berkata, kos pembangunan rangkaian 5G adalah RM16.5 bilion dalam tempoh 10 tahun tanpa sebarang pembiayaan atau jaminan kerajaan selain suntikan ekuiti bernilai RM500 juta untuk memulakan operasi syarikat DNB.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut menyifatkan perjanjian akses 5G yang dimeterai oleh lima MNO dan DNB sebagai pencapaian penting dalam melaksanakan visi 5G negara bagi memacu pembangunan ekonomi digital dalam tempoh jangka panjang.

Sehingga kini, rangkaian 5G telah meliputi hampir 11 juta penduduk di seluruh negara yang bersamaan lebih daripada 33% liputan di kawasan berpenduduk. Setakat Ogos 2022, DNB juga kekal berada di landasan untuk mencapai kira-kira 80% liputan untuk kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun 2024.

Gambar utama: DNB

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY