MIUI 13 Dinobatkan Juara 'Skin' Paling Lancar, MIUI 12 Langsung Tidak Tersenarai

MIUI sering dimomokkan sebagai 'skin' paling berat yang penuh pepijat dan iklan. Dalam tinjuan kami tempoh hari, MIUI mendapat kedua-dua anugerah iaitu Antara Muka Popular dan Antara Muka Dibenci bagi tahun 2021. Apalah erti kehidupan tanpa sedikit ironi?

Walaupun begitu, Master Lu telah menobatkan Xiaomi 12 Pro yang menggunakan MIUI 13 di tempat pertama sebagai telefon paling lancar setakat ini.

Master Lu di Weibo berkata, "Xiaomi Mi 12 Pro once again won the championship. This is also the first appearance of MIUI13's smooth running score. The brand-new MIUI 13 system and 120Hz 2K high-swipe screen have handed in a score of 216.20."

Bukan saja tempat pertama malah tempat kedua juga digondol oleh MIUI 13 namun pada peranti Xiaomi 12. Oppo Find N pula berada di tempat ketiga sebagai telefon paling lancar.

Menariknya, MIUI 12 mahupun MIUI 12.5 tidak mendapat tempat langsung dalam senarai 18 peranti ini.



Penanda aras Master Lu ini berdasarkan prestasi pemindahan fail, kelajuan memuat halaman sesawang, kelajuan membuka gambar, boot-up dan lain-lain. Oktober lalu, Black Shark 4S Pro mendapat tempat pertama diikuti realme Q3s dan OPPO K9s.

Anda boleh klik di SINI untuk senarai peranti yang akan menerima MIUI 13 tidak lama lagi.

Mungkinkah ini petanda baik bahawa MIUI 13 akan menjadi sebuah antara muka yang lebih baik daripada MIUI 12 lantas yang terbaik antara semua?

Sumber: Gizchina

Baca juga: