Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xiaomi tws noice cancelling 3

Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Earphones 3 Rasmi Dengan Harga Sekitar ~RM330

Diterbitkan Disember 31, 2021 · Dikemas kini Disember 31, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Selain siri Xiaomi 12, MIUI 13 dan jam tangan Xiaomi Watch S1, Xiaomi turut melancarkan sebuah model untuk ditambah dalam siri aksesori audionya, Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Earphones 3.

Ciri pembatalan hingar (ANC) pada Xiaomi True Wireless Noise Cancelling Earphones 3 mampu mengurangkan bunyi sekeliling sehingga 40 desibel. Terdapat 3 mod ANC boleh dipilih pengguna iaitu “Mild Noise Reduction”, “Balanced Noise Reduction” dan “Deep Noise Reduction”.

xiaomi tws noice cancelling 3 earpiece

Dengan sistem tiga mikrofon, ia bukan sahaja menawarkan pembatalan hingar namun juga mod transparensi yang membolehkan pengguna berbual tanpa perlu menanggalkannya.

xiaomi tws noice cancelling 3 water

Dengan sekali caj, ia mampu bertahan sehingga 7 jam tanpa ANC dan 32 jam bersama bekas pengecasnya. Xiaomi True Wireless Cancelling Earphones 3 ini bukan sahaja boleh dicaj dengan kabel USB-C namun juga pengecasan tanpa wayar Qi.

xiaomi tws noice cancelling 3 pair

Selain itu, ia juga dilengkapi ciri kalis air dan debu tahap IP55 serta teknologi Bluetooth 5.2. Ia juga dapat disambung dengan lancar dan mudah jika disuaikan dengan telefon Xiaomi.

Buat masa ini ia hanya tersedia untuk pasaran China pada harga CNY499 (~RM327) dan masih tiada maklumat sahih berkenaan penjualannya untuk pasaran global.

Baca juga:

  • Beli Laptop Percuma Printer
  • Xiaomi 12X – Alternatif Xiaomi 12 Yang Mampu Milik
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY