Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi

MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi

Diterbitkan Disember 28, 2021 · Dikemas kini Disember 28, 2021 oleh Faiz Munir

Sebelum ini, kami ada menulis mengenai penambahbaikkan yang akan dibawa pada MIUI 13 ini. Dan seperti yang telah dikhabarkan, MIUI 13 kali ini akan membawa banyak kelebihan daripada MIUI 12.5 Enhanced Edition.

MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi

Pada kemas kini kali ini, MIUI 13 akan memastikan sistem mereka lebih pantas sehingga 26% dan pengotimuman aplikasi pula akan ditambah baik sehingga 52% berbanding dengan MIUI 12.5.

MIUI 13 juga membawa lebih banyak widget yang menarik dan lebih kemas. Seperti biasa, widget mereka kali ini juga sedikit menyerupai iOS 14.

MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi
MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi
MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi

Selain itu, MIUI 13 kali ini juga membawa 3 ciri keselamatan baharu iaitu perlindungan verifikasi wajah, perlindungan tera air (watermark) dan perlindungan penipuan elektronik.

MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi

Untuk perlindungan verifikasi wajah ini, ia akan memerlukan pengguna untuk mengimbas seluruh wajah menggunakan pengecaman pintar wajah. Oleh itu, pengesanan wajah akan lebih selamat kerana ia dapat membezakan antara wajah sebenar dengan gambar.

Perlindungan tera air pula membolehkan pengguna untuk meletakkan watermark pada gambar yang mempunyai maklumat privasi anda. Dengan ini, anda tidak perlu risau jika gambar tersebut disalahgunakan.

MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi
Perlindungan verifikasi wajah
MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi
Perlindungan tera air
MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi
Perlindungan penipuan elektronik

Akhir sekali ialah perlindungan penipuan elektronik. Sistem ini akan melindungi pengguna daripada telekomunikasi yang berunsur jenayah penipuan kerana ia akan menyambungkan pengguna kepada satu sistem anti-penipuan yang ditambah pada MIUI 13 ini.

Sumber: miui weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY