Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Pad 5 Pro Rasmi Dengan Snapdragon 870, RAM 8GB Dan Bateri 8600mAh, Harga Sekitar ~RM2000

Xiaomi Pad 5 Pro Rasmi Dengan Snapdragon 870, RAM 8GB Dan Bateri 8600mAh, Harga Sekitar ~RM2000

Diterbitkan Disember 29, 2021 oleh Faiz Munir

Semasa pelancaran MIUI 13 Pad, Xiaomi turut melancarkan satu lagi produk tablet terbaharu mereka iaitu Xiaomi Pad 5 Pro. Tablet ini dikuasakan dengan cipset Snapdragron 870, 8GB + 256GB storan UFS 3.1, skrin sebesar 11 inci bersama resolusi 2.5K (2560 x 1600) HDR10, 1 bilion warna dan menyokong kadar segar semula 120Hz.

Dibekalkan bateri sebesar 8600mAh, kita boleh jangkakan tiada masalah dalam penggunaan harian. Tambah pula dengan pengecasan pantas 67W, ia mampu mengecas penuh tablet ini dalam masa 67 minit.

Xiaomi Pad 5 Pro Rasmi Dengan Snapdragon 870, RAM 8GB Dan Bateri 8600mAh, Harga Sekitar ~RM2000

Seperti yang kita tahu, Xiaomi Pad 5 Pro ini juga mempunyai sokongan Xiaomi Pen dan Smart Case (sarung pelindung beserta papan kekunci). Jadi pada kemaskini MIUI 13 Pad terbaharu ini, tablet ini akan mempunyai sokongan gestur baru dan keyboard shortcut.

Harga Xiaomi Pad 5 Pro ini akan dijual dengan harga CNY3,099 (~RM2,034). Manakala Xiaomi Smart Case dan Xiaomi Pen pula akan dijual dengan masing-masing berharga CNY399 (~RM261) dan CNY349 (~RM229).

Sumber: MIUI

Baca juga:

  • MIUI 13 Rasmi – Lebih Sekuriti, Lebih Privasi
  • Xiaomi 12 Dilancarkan – Cip Baharu, Skrin Padu

  • Senarai Peranti Yang Sokong MIUI 13, Kemas Kini Bermula Suku Pertama 2022

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY