Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
xioami 12x poster

Xiaomi 12X – Alternatif Xiaomi 12 Yang Mampu Milik

Diterbitkan Disember 30, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Kerana saiznya yang lebih dan spesifikasi lebih rendah, Xiaomi 12X adalah seperti adik pada abang-abangnya, Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 Pro yang dilancarkan di China semalam.

xiaomi 12x purple

Xiaomi 12X dijana Snapdragon 870, skrin AMOLED bersaiz 6.28 inci FHD+ dengan kadar segaran 120Hz, 419 PPI, bateri sebesar 4,500mAh bersama pengecasan pantas 67W.

xiaomi 12x displaymate

Di belakangnya pula terletak 3 kamera iaitu Sony IMX766 50MP untuk kamera utama, 13MP ultra lebar dan 5 MP telefoto dan makro serta mempunyai penstabilian OIS. Kamera swafotonya pula 20MP.

xiaomi 12x collage

Seperti dua model lain, Xiaomi 12X turut mempunyai pembesar suara stereo talaan Harman/Kardon, Dolby Atmos, storan LPDDR5 dan UFS 3.1.

Antara kekurangannya ialah tidak menyokong pengecasan tanpa wayar dan berbalik, ketiadaan teknologi baharu daripada Xiaomi iaitu CyberFocus.

Tersedia dalam 3 warna iaitu hitam, biru dan ungu, harga pasarannya di China ialah seperti berikut:

  • 8GB + 128GB – CNY3,199 yuan (~RM2100)
  • 8GB + 256GB – CNY3,499 yuan (~RM2300)
  • 12GB + 256GB – CNY3799 yuan (~RM2490)

xiaomi 12 compare

Dalam acara sama, versi terbaru MIUI iaitu MIUI 13 turut sama dilancar, menekankan lebih pada keselamatan privasi pengguna dan pengalaman yang lebih lancar. Anda boleh semak di SINI untuk mengetahui jika peranti anda akan menerima MIUI 13 dan bilakah dijangka ia akan tiba.

Baca juga:

  • Xiaomi Pad 5 Pro Rasmi Dengan Snapdragon 870, RAM 8GB Dan Bateri 8600mAh, Harga Sekitar ~RM2000
  • Beli Laptop Percuma Printer
  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY