Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MIUI 11 Versi Global Bakal Dilepaskan Kepada Model Redmi 8 Dan Redmi 8A

MIUI 11 Versi Global Bakal Dilepaskan Kepada Model Redmi 8 Dan Redmi 8A

Diterbitkan November 11, 2019 ยท Dikemas kini November 11, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kemaskini sistem antaramuka terbaru Xiaomi, MIUI 11 sedang rancak dijalankan dimana ia sudah dinikmati beberapa peranti seperti Pocophone F1 dan siri Mi 9.

Kini mengambil giliran adalah model Redmi 8 dan Redmi 8A dimana pelepasan versi global itu bakal bermula di India pada 13 November hadapan.

Kemaskini dengan nombor versi 11.0.1.0.PCPINXM itu hadir dengan saiz 600MB untuk Redmi 8 dan Redmi 8A pula berkapasiti 544MB. Tidak seperti model-model flagship, kemaskini yang dilepaskan ini masih berasaskan Android Pie 9 dan bukannya Android 10. Selain itu ia juga mengandungi tampalan sekuriti bagi bulan Oktober 2019.

Menyediakan pelbagai ciri menarik seperti mod gelap, paparan sentiasa aktif dan untuk lebih lanjut boleh lanjutkan bacaan disini –11 Pembaharuan Yang Bakal Dibawa MIUI 11 Kepada Peranti Anda.

Jadi bagi anda yang memiliki salah satu model Redmi 8 atau Redmi 8A, bolehlah bersiap sedia menerima kedatangan kemaskini tersebut dengan menyemak bahagian System Update pada bahagian tetapan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY