Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MIROS Bangunkan Prototaip Sistem Kesan Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kenderaan

MIROS Bangunkan Prototaip Sistem Kesan Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Kenderaan

Diterbitkan September 5, 2023 · Dikemas kini September 5, 2023 oleh Amalina Athman

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah membangunkan prototaip sistem pengesanan dan amaran kanak-kanak terperangkap di dalam kenderaan, yang dinamakan sebagai ‘MyCINTA’ atau MIROS Children in Vehicle Tracking and Alerting System.

Berkaitan

  • Ini Senarai DashCam Diiktiraf 5 Bintang Oleh MIROS
  • Sebab Kenapa Telefon Ini Berbaloi Untuk Bajet Bawah RM1500

Jelas MIROS, sistem ini dibangunkan dengan keupayaan untuk mengesan kehadiran kanak-kanak di dalam kenderaan yang dimatikan enjin dengan menggunakan sensor pergerakan dan bunyi. Seterusnya, ia akan memberikan notifikasi secara automatik kepada pemandu atau pengguna sistem serta emergency contact melalui panggilan telefon, atau SMS.

Kandungan SMS akan menyatakan koordinat lokasi kenderaan yang dihubungkan terus kepada aplikasi seperti Google Maps.

miros mycinta_

Sistem MyCinta ini juga akan mengaktifkan mekanisme tindak balas kecemasan pertama (emergency first response) dengan menurunkan tingkap kenderaan secara automatik ke suatu aras tertentu untuk memastikan pengaliran udara berlaku.

miros mycinta_2

Selain itu, lampu amaran bahaya kenderaan atau hazard light akan diaktifkan secara automatik serta meletakkan amaran visual seperti “BAHAYA” melalui paparan lampu LED.

Secara keseluruhan, sistem MyCINTA ini dikatakan berupaya untuk berfungsi dalam tempoh kritikal lima minit untuk mengurangkan risiko kecederaan serius kepada kanak-kanak disebabkan strok haba.

Inovasi MyCinta ini juga telah mencapai tahap kesediaan Technology Readiness Levels (TRL) aras 7, iaitu tahap di mana prototaip sistem diuji dalam persekitaran operasi sebenar.

Sumber: MIROS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY