Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dashcam m1

Ini Senarai DashCam Diiktiraf 5 Bintang Oleh MIROS

Diterbitkan November 3, 2022 · Dikemas kini November 3, 2022 oleh Amalina Athman

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan CyberSecurity Malaysia mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan satu program kepenggunaan yang dapat membantu pengguna memilih kamera papan pemuka (dashcam) untuk kenderaan mereka.

Dikenali sebagai “CamScore” atau “Dashcam Safety Score Card”, program ini telah melalui fasa penilaian awalan, di mana versi pertama senarai kamera yang dinilai akan dihebahkan untuk rujukan pengguna.

Fasa awalan CamScore ini menilai spesifikasi dashcam melalui tiga ciri iaitu ciri asas (basic features), ciri termaju (advanced features), serta ciri bantuan pemanduan (Advanced Driving Assistance System – ADAS).

Berkaitan

  • Ada Pemandu Bawa Macam Pelesit? Ini Cara 'Report' Kesalahan Trafik

Dinyatakan, langkah ini merupakan inisiatif MIROS dalam memastikan panduan untuk membeli dan memiliki dashcam yang sesuai serta dapat digunakan oleh pengguna tanpa ragu-ragu. Sebagai tambahan, CamScore ini bukan sahaja membantu pengguna mengetahui lebih lanjut tentang kualiti kamera, malah dapat memastikan pembelian mereka berbaloi dengan harga.

Berikut merupakan jenama dan model dashcam yang telah disenaraikan dengan penilaian CamScore.

Ini Senarai DashCam Diiktiraf 5 Bintang Oleh MIROS

Keputusan pertama CamScore ini menyenaraikan lima model dashcam yang berjaya mencapai taraf lima bintang. Sementara itu, 15 model disenaraikan empat bintang dan selebihnya bertaraf tiga bintang ke bawah.

Beli DashCam yang diiktiraf 5 bintang oleh MIROS di bawah:

  • 70mai A800S – https://shope.ee/30Dg1UDgzy
  • 70mai Pro+ A500S – https://shope.ee/8es2m3A4R7
  • Thinkware U1000 – https://shope.ee/fplFYI1Gj
  • 70mai M500 – https://shope.ee/2KxzEfanBY
  • DDPAI X5 Pro – https://shope.ee/8KFCNu8Yu9

Gambar utama: Motor 1

Sumber: MIROS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY