Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
penjualan iPhone 12 Pro

Ming-Chi Kuo: Permintaan iPhone 12 Pro, Pro Max Dan MacBook Dengan Cip M1 Adalah Lebih Tinggi Dari Jangkaan

Diterbitkan November 25, 2020 oleh Amalina Athman

Penganalisis terkenal Apple, Ming-Chi Kuo telah mengeluarkan laporan terkini mengenai prestasi terkini Apple.

Menurut Ming-Chi Kuo, penjualan iPhone 12 adalah berbeza dari jangkaan awal. Permintaan iPhone 12 Pro dan 12 Pro Max adalah lebih tinggi daripada jangkaan. Sementara itu, penjualan iPhone 12 mini dan iPhone 12 pula tidak setinggi yang dijangkakan. Secara keseluruhan, penjualan iPhone 2 adalah meningkat dan momentum ini dijangka dapat dikekalkan hingga musim cuti sekolah dan memasuki 2021.

Selain itu, penjualan iPad Air juga adalah tinggi dari yang dijangkakan. Kuo turut meramalkan jualan iPad akan terus kukuh sehingga 2021. Ia berikutan, terdapat laporan menyatakan Apple akan memperkenalkan model iPad dengan panel miniLED serta sokongan 5G pada separuh kedua tahun hadapan.

Dalam pada itu, MacBook dengan janaan cip M1 dari Apple Silicon yang dilancarkan baru-baru ini turut mendapat permintaan yang tinggi.

Sumber: GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY