Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
120Hz Apple iphone 12

iPhone 12 6.1 Inci Dijangka Menjadi Model Paling Popular

Diterbitkan Oktober 12, 2020 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Apple akan melancarkan barisan iPhone 12 dalam acara “Hi, Speed” yang akan berlangsung pada malam esok. Dijangkakan 4 model akan diperkenalkan dalam acara itu.

Kini, penganalisis Ming-Chi Kuo menyatakan iPhone 12 6.1 inci akan menjadi model paling laris dalam siri iPhone 12. Ia menjangkakan 40% jumlah penjualan adalah dari iPhone 12 versi asas ini.

Bagi iPhone 12 mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max, masing-masing dijangka dengan 20% penjualan.

Sebagai tambahan, Kuo mendedahkan walaupun iPhone 12 mini akan menjadi model paling murah, namun ia sukar menarik minat pembeli berikutan saiz yang kecil dengan 5.4 inci. Khabar angin ketika ini menyatakan iPhone 12 mini akan diletakkan pada harga $699, sementara iPhone 12 dengan harga $799.

Sementara itu, bagi anda yang ingin menonton acara “Hi, Speed”, penstriman boleh dilakukan melalui pautan ini. Acara ini akan berlangsung pada 14 Oktober, 1 pagi mengikut waktu Malaysia.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY