Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MTP 2024

MIMOS Tayang Teknologi Pintar Baru Dari R&D Yang Berpotensi Dikomersialkan

Diterbitkan April 30, 2024 ยท Dikemas kini April 30, 2024 oleh ariff bukhari

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Kebangsaan Malaysia, MIMOS sedang menayangkan teknologi pintar hasil daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) MIMOS yang berpotensi untuk dikomersialkan di MIMOS Technology Preview (MTP) 2024 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Di MIMOS Technology Preview 2024 ini, MIMOS memperkenalkan beberapa inovasi yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia lebih lestari dan maju dari segi teknologi dengan menonjolkan penyelesaian baru seperti MIMOS Autonomous Chiller Control & Energy Efficiency (Mi-ACE) System yang dibangunkan bersama Square Cloud, memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan IoT tanpa wayar (wireless IoT) untuk merevolusikan sistem penyejuk bangunan yang merangkumi pejabat hingga ruang awam.

Semasa acara perasmian MTP 2024 baru-baru ini turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara MIMOS dengan rakan industri AXICOM dan iSCADA NET dan pertukaran dokumen Perjanjian Lesen Teknologi (TLA) dengan SquareCloud.

Pada majlis perasmian MIMOS Technology Preview (MTP) 2024 itu, YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, “Dengan memperkenalkan teknologi canggih yang dibangunkan melalui penyelidikan dan pembangunan yang teliti, MIMOS Technology Preview 2024 bertindak sebagai bukti kepada komitmen Kerajaan untuk memupuk inovasi dan membuka jalan ke arah masa depan yang hijau. Teknologi-teknologi ini adalah kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kelestarian industri negara, dan memastikan daya saing Malaysia di pentas global.”
Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY