Miliki Baucar RM200 Sempena Huawei 12.12 Super Sale

Akhirnya kita sudah tiba di penghujung tahun 2020 dan kali ini Huawei datang dengan Huawei 12.12 Super Sale dimana anda akan menikmati tawaran menarik untuk produk Huawei menerusi jualan promosi ini.

Terdapat tawaran kilat serendah RM12, produk mesti beli dan juga baucar RM200 untuk dimiliki. Malah, pelanggan yang berdaftar di kedai Huawei mulai hari ini hingga 12 Disember berpeluang menangi hadiah bernilai sehingga RM978.

Antara tawaran menarik dalam promosi 12.12 ini adalah tetikus bluetooth Huawei AF30 dan beg laptop Huawei pada harga serendah RM12. Sementara P30 Pro berharga RM1212. Tawaran ini didapati di kedai Huawei, Shopee dan Lazada pada jam 10.08 pagi 12.12.

Selain itu, dalam jualan mesti beli, Huawei tawarkan Mate 30 Pro 5G dengan harga RM2499 manakala nova 5T berharga RM999.



Bagi anda yang mencari komputer riba pula, Huawei MateBook 13 R5 dijual pada harga RM2999 dan anda akan menerima tetikus Huawei dan beg sebagai hadiah.

Di samping itu, tablet Huawei turut menerima potongan harga dimana MatePad Pro dan MatePad WiFi dijual dengan harga RM2399 dan RM1212 masing-masing.

Seperti sebelum ini, Huawei masih memberikan perkhidmatan pengambilan di kedai iaituĀ online-to-offline Service atau pun dipanggil O2O.

Ia membenarkan anda memilih kedai pilihan untuk mengambil barang di samping menerima barang lebih awal tanpa menunggu masa penghantaran.

Untuk tawaran diskaun yang lain, anda boleh terus ke gedung dalam talian Huawei atau Shopee dan Lazada.

 

Berkaitan