Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Midea Product

Midea – Barangan Elektrik Pertama Menggunakan Harmony OS

Diterbitkan November 12, 2020 oleh Amsyar Latif

Harmony OS mula diperkenalkan pada tahun lepas dan Huawei benar-benar ingin menjadikannya sebagai satu sistem operasi penting di dunia.

Pada acara HDC 2020 September lalu, Huawei mengumumkan beberapa syarikat yang akan menerima sokongan Harmony OS dan antaranya – Midea, Joyoung dan Boss Electric.

Midea Product

Terbaru, Midea Group baru sahaja melancarkan beberapa produknya yang menjalankan Harmony OS. Ini termasuk pembasuh pinggan, pemanas air, penapis udara dan dapur pintar.

Barisan produk ini boleh berhubung antara satu sama lain dengan peranti Mate 40 dan menjadikan ia sebagai pengalaman interaktif baharu.

Midea Mate 40

Tiga produk baharu dari Midea ini membawa 3 kunci utama iaitu:

  • Sambungan antara peranti dengan produk hanya 3 saat
  • Wujudkan pemantauan status produk dalam masa sebenar melalui telefon
  • Fungsi menghubungi pusat khidmat pelanggan dengan satu butang

Tambahan lagi, Harmony OS juga dikatakan boleh digunakan pada jenama peranti lain seperti OPPO dan banyak lagi.

Sumber: Gizchina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY