Harmony OS Versi Beta Akan Dilancarkan Untuk Telefon Pintar Pada 18 Disember Ini

Seperti semua sedia maklum, telefon pintar terbaharu daripada Huawei tidak lagi didatangkan dengan perkhidmatan mudah alih Google (GMS). Lanjutannya, Huawei sedia mengumumkan secara rasmi sistem operasi Harmony OS pada Ogos lepas.

Sejak dari itu, pelbagai laporan keluar berkisar sistem operasi berkenaan. Kini, menurut Presiden Bahagian Perisian Kumpulan Perniagaan Huawei, Wang Chenglu menyatakan versi Beta Harmony OS akan ditawarkan kepada pembangun sekitar 18 Disember. Unit ujian pertama yang akan menjalankan sistem tersebut pula bakal muncul seawal Januari atau Februari tahun 2021.



Difahamkan lagi, rancangan untuk pembangunan Harmony OS dan ekosistemnya berjalan lancar. Selain itu, pelancaran Beta secara umum pula akan dijalankan sekitar April tahun hadapan.

Turut dikatakan bahawa lebih kurang 90% telefon pintar Huawei sudah sepatutnya bersedia untuk dikemaskini apabila ia mula ditawarkan kelak.

Sumber: Weibo via GSMArena