Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft China

Microsoft Wajibkan Kakitangan Di China Guna iPhone Untuk Kerja, Sekat Akses Android

Diterbitkan Julai 9, 2024 oleh Amalina Athman

Microsoft memberitahu kakitangannya di China bahawa mereka mesti menggunakan iPhone untuk pengesahan identiti apabila log masuk ke sistem syarikat, lapor Bloomberg.

Mulai September, syarikat itu akan mengharamkan penggunaan telefon pintar Android sebagai peranti pengesahan pelbagai faktor.

Berkaitan

  • Microsoft Wujudkan Laman Khas Semata-Mata Untuk Ingatkan Pengguna Penamatan Windows 10
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Microsoft Tutup Kedai Fizikal Di China, Fokus Dalam Talian Sahaja

Keputusan ini, seperti yang digariskan dalam memo dalaman yang diperoleh oleh Bloomberg, adalah sebahagian daripada inisiatif syarikat bagi mengukuhkan produk dan perkhidmatan Microsoft daripada ancaman siber.

Microsoft memilih untuk menyekat peranti tersebut daripada mengakses sumber korporatnya kerana ketiadaan perkhidmatan mudah alih Google di negara itu. Menurut jurucakap Microsoft,

“Due to the lack of availability of Google Mobile Services in this region, we look to offer employees a means of accessing these required apps, such as an iOS device,”

Perkhidmatan ini penting untuk menjalankan aplikasi keselamatan Microsoft, seperti Microsoft Authenticator dan Identitiy Pass, yang kini diwajibkan untuk semua pekerjanya.

Memandangkan Google Play Store – gedung aplikasi rasmi untuk Android, tidak boleh diakses di China, ia menjadikan Apple App Store sebagai satu-satunya tempat aplikasi ini boleh dimuat turun di China.

Untuk memudahkan peralihan, Microsoft akan menyediakan iPhone 15 kepada mana-mana kakitangan yang masih menggunakan telefon Android – termasuk peranti Huawei atau Xiaomi yang mempunyai platformnya sendiri.

Walau bagaimanapun, pekerja Microsoft masih boleh menggunakan peranti Android untuk kegunaan peribadi.

Sumber: Bloomberg

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY