Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Bangunkan Teknologi Storan Dalam Kaca, Boleh Simpan Data Beribu Tahun

Microsoft Bangunkan Teknologi Storan Dalam Kaca, Boleh Simpan Data Beribu Tahun

Diterbitkan Oktober 21, 2023 · Dikemas kini Oktober 24, 2023 oleh Amal Addin

Kebanyakkan medium penyimpanan memori atau storan pada masa kini mempunyai ruang yang terhad. Microsoft sedang membangunkan teknologi storan baharu yang dipanggil Project Silica.

Project Silica merupakan sebuah plat kaca yang mampu menyimpan data di dalamnya selama 10,000 tahun tanpa menggunakan kuasa elektrik.

Jurutera Microsoft, Ant Rowstron memberitahu tujuan mereka jalankan projek ini adalah memastikan tahap keselamatan data yang disimpan adalah tinggi.

Mereka telah menggunakan kaedah denyutan laser pendek. Laser ini secara fizikal dapat mengubah struktur dalaman kaca. Walaupun terdapat calar, namun kod di dalamnya tidak akan berubah.

Microsoft Bangunkan Teknologi Storan Dalam Kaca, Boleh Simpan Data Beribu Tahun

Satu plat ini mempunyai ruang memuatkan 1.75 juta trek muzik bersamaan 7TB bagi jumlah storan. Write Lab akan menggunakan laser untuk mencetak voxel (piksel 3D) di dalam kaca.

Kemudian, Read Lab akan menggunakan mikroskop yang dikawal komputer untuk membaca voxel daripada plat kaca tersebut. Kemudian, data akan dipindahkan ke Decode Lab. AI Azure akan menukar data visual kepada fail digital yang boleh digunakan.

Penyelidik Microsoft telah mencadangkan plat kaca tersebut dibina dengan ketumpatan tinggi supaya dapat membolehkan data disimpan dengan DNA.

Walau bagaimanapun, projek ini masih dalam pembikinan. Sekiranya ada apa-apa perkembangan terkini kami akan kemas kini semula dari masa ke semasa.

Berkaitan

  • Microsoft Cadang Mahu Bangunkan "Super App", Gabung Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi
  • Microsoft Bangunkan Teknologi AI Yang Berpotensi Membahayakan Pengguna, Program Klon Suara
  • Microsoft Perbaharui Polisi, Pekerja Boleh Cuti Tanpa Had
  • Microsoft Copilot - Pembantu AI Macam ChatGPT Tapi Dalam Word, Excel, Outlook, Teams
  • Nak Kuasa Lebih, Microsoft Pilih Untuk Guna Tenaga Nuklear
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: ExtremeTech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY