Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft app

Microsoft Cadang Mahu Bangunkan “Super App”, Gabung Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi

Diterbitkan Disember 7, 2022 ยท Dikemas kini Disember 7, 2022 oleh Amalina Athman

Microsoft baru-baru ini dilapor mempertimbang untuk membina “Super App” yang boleh menggabungkan pemesejan, beli-belah, carian web, suapan berita dan perkhidmatan lain dalam satu aplikasi sehenti (one-stop app).

Berkaitan

  • Microsoft Sedang Bangunkan Aplikasi Optimasi PC Seakan 'CCleaner'
  • Pengguna Kini Boleh Main Game Dalam Microsoft Teams
  • Microsoft Tawar Kemas Kini Windows 11 Preview Terakhir Bagi Tahun 2022

Menurut The Information, Microsoft berhasrat aplikasi sedemikian akan membantunya menembusi perkhidmatan carian mudah alih, yang kini dikuasai oleh Apple dan Google.

Tidak seperti Apple dan Google, Microsoft tidak mengendalikan gedung aplikasi mudah alih untuk pengguna telefon pintar. Dinyatakan, Microsoft menjadikan Tencent sebagai contoh strategi yang berjaya dalam membangunkan aplikasi semua-dalam-satu.

Aplikasi WeChat, yang dibangunkan oleh Tencent menawarkan rangkaian perkhidmatan untuk pengguna seperti pemesejan, rangkaian sosial, pembayaran peer-to-peer, dan membeli-belah e-dagang.

Berbalik kepada konteks, laporan itu menambah bahawa masih belum jelas jika Microsoft akan melancarkan aplikasi sedemikian. Akan tetapi, CEO Satya Nadella mahu aplikasi itu meningkatkan perniagaan pengiklanan dan carian Bing, serta menarik lebih ramai pengguna ke pemesejan Teams dan perkhidmatan mudah alih yang lain.

Gambar utama: Reuters

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY