Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Bangunkan Teknologi AI Yang Berpotensi Membahayakan Pengguna, Program Klon Suara

Microsoft Bangunkan Teknologi AI Yang Berpotensi Membahayakan Pengguna, Program Klon Suara

Diterbitkan Januari 12, 2023 oleh ariff bukhari

Sekumpulan penyelidik dari Microsoft telah membangunkan program yang mampu klon suara seseorang hanya selepas program itu mendengar suara seseorang untuk selama 3 saat sahaja.

Program yang dikenali sebagai VALL-E itu direka dengan teknologi kecerdasan buatan di mana sistem program itu diperdengarkan selama 60,000 jam buku audio berbahasa Inggeris dari 7,00 narator yang berbeza.

Microsoft Bangunkan Teknologi AI Yang Berpotensi Membahayakan Pengguna, Program Klon Suara
Kredit: VALL-E Demo

Dalam kertas penyelidikan mereka, Microsoft menyatakan bahawa VALL-E masih belum sempurna. Ini kerana mereka kadangkala masih bergelut atau gagal untuk VALL-E menyebut perkataan tertentu dengan baik.

Sungguhpun begitu, teknologi yang masih dalam peringkat pembangunan ini dilihat sudah cukup membimbangkan kerana jika ia dimanipulasi oleh pihak yang salah seperti penjenayah siber, ia boleh membahayakan pengguna awam.

Perkara itu turut disedari sendiri oleh pasukan penyelidik tersebut. Jadi mereka memaklumkan mungkin akan turut membina program yang boleh mengesan sama ada sesuatu klip audio itu dihasilkan oleh VALL-E ataupun tidak.

Berkaitan

  • NASA Rancang Bina Kapal Terbang Elektrik Tahun Ini
  • Sekali Lagi, iPhone 15 Pro Dikatakan Bakal Hadir Dengan Butang 'Solid-State'
  • Penjelasan Sains Disebalik Sebab Mengapa Kucing Menyukai 'Catnip'

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY