Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
G Suite Dijenamakan Semula Kepada Google Workspace Bersama Pelbagai Ikon Baharu

Microsoft Office 365 Dan Google Workspace Dilarang Digunakan Di Sekolah Di Perancis

Diterbitkan November 23, 2022 oleh ariff bukhari

Pihak berkuasa Perancis menganggap perkhidmatan awan Microsoft dan Google yang menyimpan data di AS tidak mematuhi peraturan data Eropah seperti GDPR dengan “Schrems II” menurut keputusan 2020 dari Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah yang mengawal perkongsian data merentasi sempadan.

Susulan itu, Menteri Pendidikan Kebangsaan dan Belia Perancis dilaporkan telah melarang penggunaan versi percuma Microsoft Office 365 dan Google Workspace di sekolah.

Ia berikutan daripada kebimbangan Eropah yang berterusan mengenai kedaulatan data awan, persaingan, dan peraturan privasi yang ditawarkan oleh 2 perkhidmatan awan tersebut.

Berkaitan

  • Ini Senarai Telefon Pintar 5G Terpantas Di 10 Buah Negara Setakat Ini
  • Cara Dapatkan Diskaun Maksimum RM10 Di Foodpanda Sepanjang Februari 2023
  • Pengguna Mengadu Gambar, Video Bukan Milik Mereka Muncul Pada Aplikasi iCloud Di Windows

Larangan itu juga terpakai kepada tawaran percuma lain seperti Google Workspace for Education. Walaubagaimanapun, versi berbayar perkhidmatan awan ini mungkin menjadi pilihan jika ia belum dilarang ekoran kebimbangan keselamatan data.

Sbelum ini iaitu pada tahun 2019 dahulu, pihak berkuasa perlindungan data Jerman telah membuat kesimpulan yang sama apabila mereka tidak membenarkan Microsoft Office 365 digunakan di bilik darjah sekolah di negeri Hessen.

Sumber: The Register

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY