Cara Dapatkan Diskaun Maksimum RM10 Di Foodpanda Sepanjang Februari 2023

Jika anda lazim dengan Foodpanda, jangan tertinggal untuk gunakan kod PESTAPANDA untuk dapatkan diskaun hingga RM10. Artikel ini dikemas kini setiap bulan berkenaan had diskaunnya.

Anda pastinya pernah melihat petak dengan perkataan PESTAPANDA di halaman utama sebelum masuk ke 'Food Delivery'.

Dengan inisiatif kerajaan melalui MDEC, Foodpanda sejak beberapa bulan ini menyediakan baucar PESTAPANDA.



MDEC juga bekerjasama dengan pelbagai lagi platform dalam talian serta e-dompet seperti Shopee, Grab, Lazada, Maybank. Salah-satu inisiatif tersebut dinamakan DE Dagang. Anda pasti pernah nampak di Shopee.

Baucar PESTAPANDA membenarkan anda mendapatkan diskaun sehingga RM12. Namun, ia tidaklah sewenang-wenangnya digunakan begitu saja.


Antara syarat baucar PESTAPANDA:



  • Hanya kedai tertentu (yang pilih untuk sertainya)

  • Mempunyai had tebusan tebusan harian (tidak dinyatakan berapa pelanggan sehari)

  • Perbelanjaan minimum RM25 dalam satu pembelian

  • Diskaun maksimum RM10 (sepanjang Januari 2023)


Untuk had tebusan harian ini, saya dapati ia tidaklah terlalu ketat. Hal ini kerana walaupun dipesan pada waktu sekitar 9 malam, baucar ini masih tersedia. Saya jangka, ia masih belum digunakan sepenuhnya pada hari tersebut.

Namun, pada waktu-waktu cuti umum seperti PRU15 tempoh hari, jam 7 petang sudah tidak tersedia. Tidak pasti apakah ia tertakluk pada kawasan juga.

{suggest}

Walaupun di laman web Foodpanda dinyatakan baucar ini hanya untuk 30 November, namun lazimnya ia tersedia setiap bulan namun mungkin dengan sedikit perubahan.

Cara guna baucar PESTAPANDA:


1. Buka aplikasi Foodpanda.

2. Tatal ke bawah, di bawah 'Your daily deals', tekan petak yang paparkan PESTAPANDA.



3. Pilih restoran/kedai makan.

Kesemua restoran tersenarai menyokong baucar tersebut.



4. Pilih makanan dengan jumlah sekurang-kurangnya RM25.

5. Semasa check-out, tekan 'Apply a voucher'.

Tekan 'Remove' jika sudah ada baucar lain diletakkan.



6. Taip 'PESTAPANDA' dan tekan 'Apply'.

Huruf kecil seperti 'Pestapanda' pun terpakai.



7. Jika berjaya, anda dapat lihat berapa diskaun dan jumlah baharu yang perlu dibayar.



8. Teruskan pesanan seperti biasa hingga langkah akhir.

Dengan ini, anda berjaya menggunakan baucar PESTAPANDA kecuali dinyatakan bahawa baucar tersebut sudah habis digunakan hari tersebut.



Untuk maklumat lanjut berkenaan PESTAPANDA, anda boleh lihat dalam aplikasi Foodpanda di 'Campaign Info'.

Kalau di Grabfood contohnya, Mega Makan Deals memberikan diskaun automatik RM6 untuk pembelian minimum RM24, mengikut terma dan syarat.

 

Berkaitan