Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HMD “Buang” Telefon Nokia Dari Laman Web Mereka

HMD “Buang” Telefon Nokia Dari Laman Web Mereka

Diterbitkan Oktober 2, 2024 oleh Rushsyafizal

HMD Global, yang sebelum ini memegang lesen eksklusif untuk menghasilkan telefon pintar berjenama Nokia, kini mengeluarkan senarai telefon Nokia dari laman web mereka di Eropah. Langkah ini menandakan permulaan fasa baharu, di mana HMD beralih tumpuan kepada jenama mereka sendiri, Human Mobile Devices (HMD). Peralihan ini menimbulkan persoalan tentang masa depan telefon Nokia dan kesannya kepada peminat setia jenama tersebut.

HMD kini memperkenalkan produk di bawah nama sendiri seperti HMD Skyline. Telefon ini direka untuk menarik perhatian pengguna tanpa bergantung kepada nostalgia jenama Nokia. Dengan ciri seperti reka bentuk modular pada model HMD Fusion, syarikat ini menunjukkan hasrat untuk bersaing dengan identiti baharu dan inovasi tersendiri.

HMD GBP

Di Eropah, model Nokia seperti Nokia X21 telah dikeluarkan dari laman web HMD, dengan sesetengah model dijenamakan semula di bawah nama HMD. Namun, di beberapa rantau lain seperti Asia dan Amerika, telefon Nokia masih tersedia buat masa ini. Walaupun begitu, stok mungkin terhad dan HMD dijangka melengkapkan peralihan ini sepenuhnya tidak lama lagi.

Pun begitu, laman rasmi HMD Malaysia masih lagi menyenaraikan barisan telefon Nokia. Namun, tidak pasti sama ada ia menerima nasib yang sama seperti HMD di Eropah.

HMD MY

 

 

Dengan peralihan ini, HMD jelas mahu melangkah keluar dari bayangan Nokia. Fokus utama kini ialah membina jenama sendiri, menawarkan telefon yang unik dan berdaya saing. Walaupun masa depan tanpa Nokia masih samar, HMD yakin dengan keupayaan mereka untuk mencipta produk baharu yang mampu berdiri sendiri dalam pasaran.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • Elakkan Kemas Kini Windows 11 KB5043145, Menyebabkan 2 Isu Utama Kepada PC
  • MCMC Sedang Jalankan Tinjauan Pengguna Internet 2024
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah Latar Belakang, 'Filter' Semasa Panggilan Video
  • Samsung Dilapor Buang Ribuan Pekerja Di Asia Tenggara, Australia

Sumber : nokiamob

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY