Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sokongan Terhadap Windows 7 Bakal Berakhir Tidak Lama Lagi

Microsoft Meminta Pengguna Windows 7 Segera Mengemas Kini Sistem Operasi Komputer Mereka

Diterbitkan November 10, 2019 oleh ariff bukhari

Berikutan eksploitasi “BlueKeep” terhadap sistem operasi yang sudah berusia itu.

Jika anda masih menggunakan sistem operasi Windows 7, Microsoft mengeluarkan amaran kecemasan yang meminta supaya pengguna mengemas kini segera sistem operasi yang sudah berusia itu.

Gesaan ini dibuat susulan pendedahan eksploitasi terhadap sistem Windows 7 yang dikenali sebagai “BlueKeep (CVE-2019-0708)” oleh penyelidik keselamatan bernama Kevin Beaumont. Isu serangan ini amat merbahaya kerana ia boleh dibuat secara kawalan jauh (remote desktop protocol aka RDP) bagi menyerang mangsa.

Malah penyelidik juga memaklumkan penggodam setakat ini telah berjaya melakukan serangan terhadap mangsa secara jauh menerusi perisian hasad kriptowang menerusi eksploitasi “BlueKeep“.

Isu eksploiatsi BlueKeep bukanlah isu baru kerana ia mula disedari sejak Mei 2019 lalu dan pihak Microsoft telah pun melepaskan kemas kini bagi menghalang serangan ini.

https://twitter.com/GossiTheDog/status/1128431661266415616?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed&ref_url=https%3A%2F%2Fcdn.embedly.com%2Fwidgets%2Fmedia.html%3Ftype%3Dtext%252Fhtml%26key%3Da19fcc184b9711e1b4764040d3dc5c07%26schema%3Dtwitter%26url%3Dhttps%253A%2F%2Ftwitter.com%2Fgossithedog%2Fstatus%2F1128431661266415616%26image%3Dhttps%253A%2F%2Fi.embed.ly%2F1%2Fimage%253Furl%253Dhttps%25253A%25252F%25252Fpbs.twimg.com%25252Fprofile_images%25252F1143965565603762181%25252FfsZp-sEW_400x400.jpg%2526key%253Da19fcc184b9711e1b4764040d3dc5c07

Tetapi sejak akhir-akhir ini eksploitasi yang sama semakin menjadi-jadi yang telah menyebabkan lebih daripada 700 ribu komputer Windows telah tejejas dengan serangan ini.

Microsoft memaklumkan, sejak 6 September lalu, serangan BlueKeep menyerang pengguna antara 10 hingga 100 serangan setiap hari. Malah ia terus meningkat sejak 9 Oktober lalu dan dan menyebabkan gangguan teruk pada 23 Oktober lalu.

Serangan bukan sahaja berlaku pada pengguna Windows 7 sahaja tetapi juga pengguna Windows Server 2008 dan Windows Server 2008 R2 turut terjejas dengan isu ini.

Jadi, sekiranya anda masih belum mengemas kini Windows 7 tersebut, anda digesa supaya berbuat dengan segera. Aatau langkah terbaik adalah dengan menaik taraf sistem operasi Windows anda kepada versi terkini iaitu Windows 10.

ini kerana Microsoft akan menamatkan sokongan sepenuhnya terhadap Windows 7 bermula 14 Januari 2020 nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY