Penggunaan Windows 7 Terus Menurun, Kurang 3 Bulan Sebelum Ditamatkan Sokongan Oleh Microsoft

Pengaktifan Windows 10 terus meningkat.


Berdasarkan kepada statistik terbaru kedudukan sistem operasi komputer aktif yang dikongsikan oleh laman Net MarketShare, pengguna Windows 7 telah mula meninggalkan sistem operasi tersebut dan beralih kepada sistem operasi terabru Windows 10.

Penurunan dilihat agak mendadak berdasarkan carta di bawah.

Kapsyen: Kedudukan sistem operasi Windows 10 dan 7 setakat bulan Oktober 2019.


Tindakan pengguna mula beralih kepada Windows 10 adalah tepat kerana pihak Microsoft akan menamatkan secara rasmi sistem operasi Windows 7 yang sudah berusia lebih 10 tahun itu pada 14 Januari 2020 nanti.

Malah Windows 7 juga kini menjadi sasaran utama penggodam yang mengambil kesempatan dengan mengeksplotasi kelemahan ciri keselamatan yang sudah berusia.

Walaubagaimanapun, pengguna Windows turut berdepan dilema apabila mereka kerap kali berdepan masalah dengan versi Windows 10 apabila kerap kali berdepan pelbagai masalah dengan Windows 10 setiap kali mereka mengemas kini sistem operasi komputer mereka.

Mungkin itu adalah antara punca mengapa sehingga kini sebahagian besar pengguna masih keberatan untuk menaik taraf komputer mereka kepada Windows 10.