Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Terima 47 Anugerah Pada Acara MWC 2019

Microsoft Memberhentikan Jualan Komputer Riba Huawei Dari Laman Rasmi Mereka

Diterbitkan Mei 22, 2019 oleh ariff bukhari

Microsoft mula bertindak ke atas Huawei.

Susulan daripada laporan sebelum ini, Microsoft hari ini telah mula menarik keluar produk komputer riba keluaran Huawei daripada ditawarkan di stor rasmi mereka.

Komputer riba Huawei Matebook X Pro dan MateBook D yang baru sahaja ditawarkan di stor Microsoft pada 12 Mei lalu kini tidak lagi ada di laman tersebut.

Tindakan drastik yang diambil mereka ini adalah susulan daripada tindakan Google menarik hak lesen Android yang dimiliki Huawei.

Ia juga akibat daripada tekanan daripada Presiden Amerika, Donald Trump selepas kerajaan AS menzahirkan kerisauan peranti milik syarikat gergasi China itu berkemungkinan digunakan oleh kerajaan China untuk merisik rangkaian di Amerika.

Kini, boleh dikatakan hampir kesemua syarikat teknologi dari A.S yang ada hubungan dengan Huawei sebelum ini telah pun turut sama memutuskan hubungan dengan Huawei.

Respon kepada tindakan Microsoft itu, Huawei hanya mengatakan ia akan masih menjual komputer riba Windows yang sedia ada apa pada peruncit. Mereka juga akan terus membekalkan kemas kini dan khidmat selepas jualan produk-produk itu juga.

Namun begitu, mereka tidak dapat berkongsikan tentang perancangan masa depan berkenaan produk-produk mereka yang terjejas dengan isu ini buat masa ini.

Sumber: PCMag

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY