Intel, Qualcomm dan pengeluar utama cip pemprosesan lain turut sama bersama Google dengan tidak lagi menjalankan sebarang bentuk perniagaan bersama Huawei.
Huawei, terus menerima berita buruk apabila para pembekal utama perkakasan elektronik yang lain telah turut sama bersama kerajaan Amerika dengan tidak lagi menjalankan sebarang urusan perniagaan dengan mereka.
Bloomberg melaporkan, pengeluar cip pemprosesan seperti Intel, Broadcom, Qualcomm serta beberapa pembekal utama perkakasan elektronik lain dikatakan telah memutuskan sebarang kerjasama atau bentuk perniagaan dengan Huawei serta-merta.
Tindakan drastik yang diambil mereka itu adalah susulan daripada tindakan Google menarik hak lesen Android yang dimiliki Huawei.
Ia juga akibat daripada tekanan daripada Presiden Amerika, Donald Trump selepas kerajaan AS menzahirkan kerisauan peranti milik syarikat gergasi China itu berkemungkinan digunakan oleh kerajaan China untuk merisik rangkaian di Amerika.
Berdepan dengan sekatan daripada Google itu, Huawei didakwa telah sedia untuk melancarkan sistem operasi yang dibangunkan mereka sendiri bagi peranti-peranti pintar keluaran mereka.
Walaubagaimanapun, setakat ini tiada makluman rasmi daripada pihak Qualcomm, pengilang yang menghasilkan cip pemprosesan bagi peranti Huawei sama ada mereka akan memberhentikan sepenuhnya daripada membangun dan membekalkan cip pemprosesan mereka kepada Huawei ataupun tidak.
Sumber: Bloomberg
Berkaitan
- Huawei Kekal Kuasai Pasaran Telefon Pintar Lipat 3 Tahun Berturut-Turut Di China
- HUAWEI MateBook 14 Dengan Ciri Skrin Sentuh Kini Di Malaysia, Pra Tempah Dibuka
- Huawei Dilaporkan Terpaksa Membatalkan Pelancaran Model Terbaru Komputer Riba Mereka Di CES Asia 2019
- Google Menasihatkan Pengguna Telefon Pintar Huawei Supaya Tidak Memasang Aplikasi Google Secara Tidak Sah
- Pentadbiran Trump Menyenarai Hitam Lagi 46 Buah Syarikat Sekutu Huawei
- Pembekal Huawei Mengesahkan Terima Rekaan Mate50
- Huawei MatePad Pro 12.6 - Peranti Dah Padu Tapi OS Tu...
- A.S Mengesahkan Bahawa Huawei Masih Disenarai Hitam Oleh Jabatan Perdagangan A.S.
- Huawei Perkenalkan Kenderaan Utiliti Sukan Di Auto Shanghai 2021
- Jualan iPhone Di China Merudum, Pengguna Kembali Ke Pangkuan Huawei