Permainan Minecraft menjadi permainan video pertama yang menyokong fungsi berkenaan apabila kemaskini terbaru permainan tersebut pada peranti Switch telah membawa masuk Bedrock Engine. Ia membolehkan pemain Minecraft dari Xbox One/PC dan Switch untuk bermain bersama-sama.
Bagaimanapun, Sony masih lagi kekal dengan pendirian mereka untuk tidak membenarkan fungsi cross-play dengan mana-mana peranti atau konsol keluaran pembangun lain. Mereka sebelum ini menolak untuk membenarkannya pada permainan Fortnite dan Rocket League.
Perkara ini sememangnya agak mengecewakan bagi para pemain kerana mereka tidak akan dapat bermain bersama dengan rakan-rakan yang menggunakan peranti selain daripada konsol Playstation 4. Keputusan ini turut dipersoalkan oleh penggiat industri termasuk pembangun permainan video.
Sony mengambil pendekatan untuk terus berdiam diri berkenaan desakan pengguna mereka berkaitan perkara tersebut. Walaupun pada dasarnya ia akan sedikit sebanyak merugikan mereka, Sony tentunya mempunyai sebab tersendiri semasa mengambil keputusan ini.
Sumber
Berkaitan
- Penampilan Khas Robot 'Sophia' Di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019
- Tukar Bateri iPhone Anda Dengan Harga Diskaun Sebelum 31 Disember Ini
- Google Hentikan Penjualan Google Pixel Edisi Pertama
- Kenapa Ramai Pengguna Sosial Meletakkan Gambar Profil Berwarna Biru? Ini Sebabnya
- Apple MacBook Pro 2018 Hadir Dengan Kejutan - Skrin, Sistem Cip & Memori Dinaiktaraf
- Pocophone F2 Akan Dilancarkan Pada Tahun 2020?
- Samsung Malaysia Adakan Promosi Jualan Sempena Ulang Tahun Ke 50
- Telefon Tanpa Port Pengecasan Pertama Di Dunia Mungkin Sedang Dibangunkan
- Meizu Turut Akan Hadir Dengan Telefon Berkamera 48MP Tidak Lama Lagi
- Pokemon Go Berkolaborasi Bersama Starbucks Untuk Kemaskini Terbaru Mereka.