Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Microsoft Cipta Pengecas Magnetik USB-C Pertama Di Dunia

Microsoft Cipta Pengecas Magnetik USB-C Pertama Di Dunia

Diterbitkan Oktober 8, 2026 oleh ariff bukhari

Inovasi pengecasan laptop kini melangkah ke era baharu apabila Microsoft memperkenalkan Magnetic Connect, teknologi pengecasan USB-C® magnetik terbina yang pertama di dunia.

Ciri ini membawakan praktikaliti yang selama ini hanya dinikmati oleh pengguna ekosistem Apple melalui pengecas MagSafe.

Sama seperti konsep MagSafe Apple yang ikonik, Magnetic Connect memanfaatkan kuasa sambungan magnetik untuk memastikan kabel pengecas melekat secara kemas dan mudah.

Microsoft Cipta Pengecas Magnetik USB-C Pertama Di Dunia
Magnetic Connect diperkenalkan menerusi model terbaru Surface Laptop Ultra yang mana Microsoft sifatkannya sebagai pelengkap port peranti.

Magnetic Connect juga membawa kelebihan ini lebih jauh dengan menyepadukannya terus ke dalam piawaian USB-C®.

Bermakna, ia juga boleh digunakan bersama peranti lain yang dilengkapi dengan port USB-C.

Diharapkan inovasi ini akan diperluaskan lagi ke lebih banyak peranti yang terdiri daripada pelbagai jenama dengan port USB-C.

Sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi masa depan reka bentuk pengecasan.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Microsoft Surface Laptop Ultra Rasmi, Dipacu NVIDIA RTX Spark Superchip
  • Pra Tempah Asus ProArt Dipacu NVIDIA RTX Spark Dibuka Pada Harga RM29,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY